kadang-kadang saya tertanya, adakah kita sgt kekurangan role model hingga kita terpaksa cedok semuanya daripada laman sosial? contohnya, ketika kewujudan penyanyi Fynn Jamal dgn anaknya Juna (waktu itu, Juna masih bayi), berpusu-pusu kita follow mereka di semua laman sosial, perhatikan proses pembesaran Juna, hinggalah pada kematian kucing beliau. maafkan saya, saya percaya Fynn adalah ibu yang bagus, begitu juga Tri (semua ini dalam kapasiti mereka sendiri, saya tidak mampu mengukur), tetapi mengapa kita mesti ikut mereka dgn begitu dekat sekali? hingga ada yang bermimpi, memuja malah ada yang seolah-olah berkiblatkan penyanyi tersebut?
bukankah kita ada ibu bapa atau sekurnag-kurangnya ada hero lain dalam hidup kita? kenapa kita mesti berpaling pada role model yang sebenarnya tidak kenal kita, malah mungkin tidak tahu kita semua adalah followers mereka?
apa kurangnya guru (kalau ada yang mahu berdebat mengatakan ibu bapa selalu tiada di rumah)? atau kawan-kawan (yang sebenarnya kawan dalam erti kata sebenar)? kenapa kita mesti pandang sangat pada artis? tidak salah pandang pada artis tetapi berpada-pada.
yang kemudiannya membawa kepada point yang sebenar; kenapa kita tidak berpada-pada ketika menjadikan seseorang sebagai idola? sekarang perhatikan sekeliling kita. adakah kita bersederhana dalam menjadikan seseorang idola?
kini, fenomena Lofattah pula. sudah-sudahlah tu dik, it won't help it your future endevours kalau setakat ingat semua tarikh mereka bertemu, date bla bla. it just won't wake up.
saya rimas sebenarnya. ketika kita perlukan lebih ramai yang berani menegakkan keadilan, Lofattah yang kita dapat. bukan sekadar berani memberi pendapat tetapi punya tindakan, bkn hanya bising di laman sosial sahaja.
baiklah. saya perlu angkat baju. selamat makan tengahari.
No comments:
Post a Comment