ada orang kata, lebih mudah bercerita dengan orang yang kita tak kenal. bukan yang berada di alam maya (atau boleh juga diaplikasikan kepada golongan ini) tapi kita ambil contoh orang yang kita tak kenal yang kita jumpa di lapangan terbang atau tempat menunggu bas misalnya.
kadang-kadang rasa memang tak mau cerita. takutlah juga kalau orang ambil kesempatan tapi kadang-kadang lancar sahaja kata-kata keluar. habis semua masalah kita ceritakan. jaranglah nak bercerita tentang masalah kerja, baik bercerita tentang soal hati dan perasaan, ye tak?
soalnya, kenapa mudah sangat bercerita? ada sebab-sebabnya.
kalau nak bercerita dengan kawan, selalunya mereka kenal orang yang diceritakan. manusia, nak tak hendak, mereka akan menyebelahi satu pihak. daripada sedap nak bercerita, terus terdiam. sebab kita tak minta pun penyelesaian. kadang hanya nak meluahkan perasaan tapi kawan sendiri bukan a good listener.
nah, di sinilah that stranger comes in. mungkin ini kali pertama dia dengar kisah dina-azlan (contoh) maka dia dengar dengan bersungguh-sungguh. kita pun rasa lega nak bercerita. kita sanggup habiskan masa berjam lamanya nak kongsi sesuatu.
lagi satu, ada kemungkinan kita tidak akan berjumpa dengan mereka lagi. ini menyebabkan kita lebih yakin untuk bercerita. lantaklah nak malu ke apa ke sebab bukan jumpa lagi nanti. kalau dengan kawan-kawan, silap-silap memang kene bahan dua tiga tahun tak habis.
masalahnya, bila zaman sekarang, kita lebih suka bercerita dengan kawan di ruang maya. yang kita tak tahu pun siapa dan lokasinya. kerana itu ia jadi bahaya sebab kita tak tahu siapa yang ada di sebalik skrin.
seronok bercerita pada orang (samada alam maya atau realiti) tapi perlu hati-hati juga. kita tak tau dan tak salah untuk berhati-hati.
;) selamat malam.
No comments:
Post a Comment