'it's always someone else's sister, mother or daughter. until it happens to us'
tak sangka, selama ini cuma dengar cerita-cerita bos yang kena ragut (tiga kali) dan orang lain. kawan baik sendiri hampir kene rompak.
pagi semalam, kes ragut jadi depan mata sendiri.
kami nak ke UTC Pudu Sentral, nak teman kawan renew passport. takdelah pagi sangat, tengahari sikit. kami jalan-jalan depan deretan kedai selepas parking sebab parking jauh. sempat juga singgah farmasi sbb nak beli barang.
keluar daripada kedai, kami nampak ada seseorang sedang undurkan motosikal daripada bangunan yang sedang diubahsuai. kami buat tak tahu tapi saya dah siap-siap masukkan wallet (yg agak panjang) dalam poket belakang. kawan pulak dah siap-siap pegang beg tangan. belakang kami ada sepasang suami isteri dan anak mereka sedang berjalan-jalan. si ibu selempangkan beg di dada.
kami berjalan di sebelah penunggang motor tadi. saya tak risau sebab takde benda pegang di tangan. kawan pula jauh daripada lelaki tadi. kami asyik berbual bila dah melepasi lelaki tadi sekalipun dengar bunyi enjin motor.
tiba-tiba dengar suara seseorang menjerit. rupanya lelaki tadi nak ragut beg milik perempuan di belakang kami. in broad daylight. mujur tak dapat, kalau tidak, entah apa jadi.
jadi, berhati-hatilah. mungkin jgn letak barang penting dalam beg, letak dalam poket. be alert. otak kita boleh kesan bahaya jadi kalau rasa tak sedap hati, trust that feeling.
saya masih lagi terkejut dengan kes ragut-tak-jadi tersebut. semoga kita semua terhindar daripada itu. sekian.
No comments:
Post a Comment