Saturday, October 12, 2013

Hey Perempuan!: Tunjuk Pandai

hey perempuan! seringkali dambakan perhatian lelaki, bukan? selalu nak mereka pandang-pandang dan layan selalu. tapi kita lupa sesuatu. 

tinggalkan sedikit misteri untuk lelaki. kalau kita dedah semua, tunjuk kita tahu semua, mereka kurang gemar. pertama, kerana kita dilihat suka tunjuk pandai. tidak sayang, kita tidak bodoh. bezanya, biarlah pandai kita itu ditunjukkan secara bertempat. kenapa kita perlu tunjuk kita tahu semua perkara sedangkan para ilmuwan tetap belajar perkara baru sehingga akhir hayat? tidak jatuh langsung martabat kalau kita tidak tunjuk pada semua kita tahu pelbagai perkara. 

kedua, kita dilihat cenderung ego kalau asyik mahu tunjuk pandai. tiada benda yang kita kononnya tidak tahu sehingga membosankan lelaki, tiada apa untuk diborakkan. ingat, untuk mengenali seseorang, banyakkan bertanya. itu menunjukkan minat kita pada seseorang. lelaki juga manusia. kalau kita tunjuk minat, mereka juga cenderung untuk berbuat yang sama (selalunya dan ini juga boleh kita jadikan ukuran kalau dia suka atau tidak pada kita). kalau kita asyik bercerita, mereka pun pandai bosan. 

simpan sedikit misteri, biar mereka jadi ingin tahu. tak perlu tayang semua. bak kata 'encik', tunjuk sangat pandai sampai nampak bodoh sekali. 

;)

No comments:

Post a Comment