kadang bagi sesetengah orang, cinta itu cepat dan senang datang. baru putus, ada sahaja yang datang menjengah. hidup tidak pernah sunyi. kadang-kadang cemburu juga.
sesetengah orang pula lama menunggu. lama sangat. macam mak cik saya, usia sudah 35 tahun baru bertemu jodoh. alhamdulillah. penantiannya tidak sia-sia. mungkin inilah hikmahnya.
sayang paksu saya pada dia sekarang nampak sangat. syukur, seronok tengok. maksu saya pun sentiasa nampak berseri. perkenalan mereka pun sekejap sahaja. yalah, dah besar panjang, dah layak sangat kahwin jadi buat apa tunggu lama.
maksu saya sangat sabar orangnya. selalu berkorban untuk keluarga masa ayahnya masih ada. setelah ayahnya pergi, maksu saya jaga ibunya pula. gigih betul pulang kerja, jaga emak kemudian menguruskan rumah. sehari-hari hidupnya tempat kerja dan rumah. mungkin, kerana itulah dia dipertemukan dengan lelaki yang betul-betul sayang akan dia.
saya gembira buat maksu saya. jaga diri dan bayi dalam kandungan baik-baik. tak sabar nak jumpa sepupu baru.
No comments:
Post a Comment