Tuesday, September 20, 2016

Berebut Sudip

petang tadi, teruja sangat nak memasak di dapur. entah, tetiba datang mood nak kacau mak di dapur.

' mak, nak,' sambil tangan hulur ke arah sudip. mata memang terus ke dalam kuali. bak choy yang dibeli semalam dah siap dipotong.

' eh tak payahlah. biar mak buat,' mak larikan tangan yang pegang sudip.

' aaaaaa nak!' tiba-tiba bila buat perangai macam tu, teringat masa kecik-kecik dulu.

tarik kerusi dari ruang tamu ke dapur. tarik biar sebelah mak yang tengah memasak. panjat kerusi perlahan-lahan.

mula-mula perati mak buat apa. lepas tu makin lama kepala makin dekat.

'eh nanti kena minyak panas!'

' mak, nak!' tangan panjang sahaja menuju ke arah sudip.

sama. tak berubah. kasihan mak. anak dah besar panjang masih mengada-ngada.

oh ya. dan bak choy petang tadi digoreng chinese style.

No comments:

Post a Comment