Saturday, September 17, 2016

Kisah perempuan di ladang dengan api

Ada seorang perempuan. Kerjanya sehari-hari menguruskan rumah dan ladang. Pagi membersihkan rumah, membantu ibu dan ayah sebelum bergegas ke ladang untuk melihat ternakan.

Satu hari, cuaca panas terik. Si gadis lekas-lekas lari ke ladang untuk pastikan ternakan tidak dahaga. Setibanya di ladang, kelihatan api menjulang.

Si gadis rasa marah. Selama ini dijaga ladang dengan baik, kenapa mudah sahaja semua dijilat api.

Didorong rasa amarah yang meluap-luap, si gadis bertekad menghalau api. Dicekaknya jerami di dalam kandang, lalu dibakar, dicampak pada api.

' Rasakan! Api siapa yang lebih kuat!,' ujar gadis sambil mengetap gigi.

Lalu, kesemuanya hangus. Benar api si gadis lebih kuat. Tetapi menangnya jadi abu.

P/S: tentang perbalahan mengenai hinaan terhadap Allahyarham Haron Din.

No comments:

Post a Comment