Wednesday, February 17, 2016

Kedewasaan

Definisi dewasa, bagi saya, bukan semestinya tentang beg tangan, mobile phone harga beribu-ribu atau kedai makan yang mana paling mahal untuk dikunjungi. tetapi, tabiat-tabiat yang dulu biasa dilihat di kalangan emak dan makcik, sudah saya warisi.

usia saya antara pertengahan dua puluh tahun.

sekarang, semakin kerap saya dan kawan-kawan berbual tentang cara-cara terbaik membersihkan barangan dapur samada menggunakan sabun atau pun soda bicarbonate. kalau dulu, perbualan lebih berkisar tentang penggunaan bicarbonate soda sebagai rawatan muka tetapi sekarang bagaimana bahan itu boleh digunakan untuk membersihkan oven di dapur. perbualan ini bukan dengan emak semata-mata, malah dengan kawan-kawan. kadang-kala berjela-jela jadinya.

beberapa kali juga saya terlajak mengajak teman-teman pusing-pusing cold storage. kalau mereka jenis yang suka masak kek, memang boleh dekat sejam pusing-pusing tengok cake, dan bekas bakar kek. itu belum masuk cheese lagi. memang boleh duduk di depan kaunter keju hampir setengah jam untuk tengok keju sahaja.

di social media yang lain pun lebih kurang sama. kalau ada yang ghairah berbual tentang baju dan beg tangan, kami sudah mula fikirkan untuk tulis buku tentang resepi makanan tengahari yang ringkas dan boleh disiapkan dalam masa sepuluh minit.

entahlah. rasanya berlainan sungguh kalau dapat rasa excited bila tengok mop lantai. rasa lain sangat bila gigih cari jenis detergent yang paling berkesan untuk kotoran di baju.

tetapi, tengok kartun pasti akan diteruskan. mak tengok, atuk pun masih tengok kartun. jadi, mengapa saya tidak teruskan?

No comments:

Post a Comment