Wednesday, February 24, 2016

Psikologi dan perbelanjaan

perasan tak barisan gula-gula yang berwarna-warni di rak-rak berdekatan dengan kaunter pembayaran di supermarket? skittles la, M&Ms la kinder bueno la. memang geram sangat rasanya, apatah lagi kalau perlu beratur lama-lama tunggu giliran. memang geram rasanya nak ambil sebungkus gula-gula. 

ya, itulah gunanya kenapa gula-gula diletakkan di rak berdekatan dengan kaunter. sangat mudah untuk terus capai sahaja kinder bueno dan bayar. ataupun skittles. itulah hasil daripada psikologi. sudalah mudah dicapai, dalam saiz yang cukup sedap untuk digenggam pula. 

inilah cerita saya yang baru sahaja menggenggam sebekas nutella kecil dari kaunter buat kali kedua dalam seminggu. 

No comments:

Post a Comment